Siakap Keli
Gambar: Natipah Abu

“Anak-anak Masih Di Bangku Sekolah,” Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Ayah Tunggal 5 Anak Ini Perlu Bantuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang bapa tunggal kini menderita kanser paru-paru tahap empat dan memerlukan RM 7,000 bagi membiayai pembelian katil khas dan keperluan harian mereka sekeluarga.

Kongsi sukarelawan, Natipah Abu, Ahmad Zabidi bin Ismail, 41 tahun kini tinggal bersama lima anak dan ibunya yang sudah tua. Pernah menjadi tukang rumah, beliau kini sudah tidak mampu bekerja dan bergantung kepada duit zakat untuk meneruskan hidup.

Justeru, berkat hari Jumaat ini, sukarelawan, Natipah mengajak orang ramai termasuk anda untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.

Encik Zabidi seorang ayah tunggal. Jodohnya dengan bekas isteri berakhir 7 tahun yang lalu. Kini tinggallah Encik Zabidi dan lima orang anak bersama ibunya yang sudah tua.

Takdir Allah sememangnya tidak mampu kita duga sama sekali. Asal sihat walafiat, tiba-tiba nikmat yang kadang-kadang lupa disyukuri itu hilang dalam sekelip mata. Namun apa pun, percayalah, Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan.

Sebelum ini, Encik Zabidi selalu saja sakit di bahagian paha. Sangkanya sakit urat saja. Beliau hanya mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi.

Redalah sakit untuk dua tiga hari namun kian hari ternyata kesakitan itu tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang pun.

Gambar: Natipah Abu

Akibat sakit yang tidak mampu ditahan lagi, 27 April bersamaan 4 Ramadhan yang lalu, Encik Zabidi jatuh di bilik air.

Dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati kaki kanannya patah. Encik Zabidi menjalani pembedahan memasang besi di kakinya. Dua minggu lamanya dia berada di wad.

Bagaimanapun, ketika diminta untuk berlatih berjalan, Encik Zabidi tidak dapat berjalan seperti biasa kerana selalu pening dan pernah pitam secara tiba-tiba.

Di situlah doktor mula mengesyaki sesuatu dan telah membuat pemeriksaan lanjut. Hasilnya telah menemukan jawapan yang sangat menduka-citakan. Encik Zabidi didapati mengidap kanser paru-paru dan sudah pun ditahap empat. Kanser itu juga telah merebak ke tulang.

Sejak itu keadaan Encik Zabidi kian lemah. Pernafasannya mula terganggu. Pembedahan di kakinya masih belum pulih sepenuhnya. Ada jangkitan kuman dan Encik Zabidi masih perlu ke hospital utk kakinya.

Encik Zabidi yang dulunya bekerja sebagai tukang rumah itu, sememangnya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sejak jatuh sakit, keadaan kewangannya sangat genting. Anak-anak pula semuanya masih dibangku sekolah. Mujurlah Encik Zabidi dan ibu ada menerima bantuan dari Zakat.

Ibunya sudah tua ( 78 tahun ) dan tinggal bersama di rumah pusaka tinggalan arwah ayah itu, sememangnya tidak mampu menguruskan Encik Zabidi setara mana lagi.

Tetapi, ibu itulah salah satu semangat dan sumber kekuatannya selain anak-anak yang lima orang yang berusia 20 tahun (IKBN) 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun.

Kebelakangan ini, Encik Zabidi sudah hilang selera makan. Bergenang air matanya menahan sebak mengkisahkan riwayat hidupnya kepada kita.

Dia tidak dapat lari dari memikirkan masa depan anak-anak seandainya sesuatu terjadi kepada dia kelak. Kita sangat faham tentang itu.

Gambar: Natipah Abu

Sedekah Jumaat kita mensasarkan RM7,000 untuk Encik Zabidi. RM2,000 utk membeli katil khas buat beliau manakala baki akan diserahkan kepada Encik Zabidi untuk menguruskan keperluan perubatan, harian dan persekolahan anak-anaknya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Natipah Abu, 552107617521.

Jumaat yang barakah. Kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Encik Zabidi dan keluarganya.
Kepada semua penyumbang di luar sana, kita dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katsira.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sumber: Natipah Abu

Amira

Love yourself.