Siakap Keli
Gambar Via Balai Polis Alor Janggus, Kedah

Anggota Polis Berhati Mulia Usahakan ‘Program Bonet MPV’, Sambil Meronda Sambil Bersedekah Untuk Penduduk Yang Memerlukan

Dalam menjalani kehidupan ini, setiap orang telah dijanjikan ganjaran bagi setiap kebaikan yang dilakukan termasuk membantu golongan yang memerlukan.

Sememangnya diakui bahawa tidak semua orang mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah namun ada sesetengah dari mereka yang tidak lokek membantu orang lain.

Melalui kiriman Balai Polis Alor Janggus, Kedah beberapa hari lalu di Facebook, mereka berkongsi mengenai Program Bonet MPV yang dikhaskan bagi membantu memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Syukur Alhamdulillah, program yang cuba kami impikan selama nie bersama rakan setugas terlaksana hari nie. Duk pk punya pk, namakan program ni “PROGRAM BONET MPV”.  Selama ni duk meronda ke kampung kampung, jadi timbul idea.

Orang ada yang pandang serong kan kat MPV polis, jadi KITA UBAH sikit pandangan tu. Hasil kerjasama dan sumbangan kekawan di Balai Polis Alor Janggus dan Keluarga AJ, hari ni kita TUNAIKAN.

Insyaallah program ni akan berterusan dalam memberi sumbangan dalam kalangan masyarakat Alor Janggus. Kepada keluarga penerima, TQ atas doa kak sekeluarga buat KAMi Warga Polis Alor Janggus, kami juga doakan kesejahteraan Kak Nazirah dan Abg Ruslan sekeluarga di Kampung Sungai Baru, Kuala Sungai, Alor Setar. Aamiin. Next month pula pasni kehadiran MPV Kami ke Target Seterusnya.

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ
لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia” [Surah al-Hadid 18]

Antara amalan soleh yang disukai oleh Allah dan dijanjikan ganjaran pahala yang berganda-ganda banyaknya serta dikurniakan pahala yang mulia ialah amalan sedekah. Orang yang rajin bersedekah merupakan manusia yang berjaya mencontohi baginda Rasulullah saw dalam menguruskan harta.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#KamiTakRamaiTapiAdaTaw
#LoveAJ
#LovePDRM

Sumber: Balai Polis Alor Janggus, Kedah

Sofea

There's always another side to every story