Siakap Keli
Gambar: Adawiyah Abdul Rahman

“Call Polis Kalau Selalu Gaduh”, Anak Dari Bergaduh Terus Diam, Ibu ‘Ugut’ Nak ‘Call’ Sarjan Misai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa tak kenal watak sarjan misai yang dilakonkan A. Galak dalam Gerak Khas suatu ketika dahulu? Dengan misai lentiknya, wajah beliau sering ditafsirkan sebagai seorang yang garang dan tegas. Apatah lagi bagi seorang kanak-kanak, wajah watak pakcik beruniform polis ini pasti membuatkan mereka gerun untuk berbuat nakal.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi trik digunakannya untuk ‘mendamaikan’ dua anak lelakinya yang sedang bergaduh. Kongsi Adawiyah, sedikit sebanyak lakonannya untuk menelefon sarjan misai itu jika mereka sering bergaduh membantu kedua-duanya untuk saling bermaafan.

Berguna untuk tempoh bertenang

Bagi ibu bapa yang bekerja dari rumah, pasti faham cabarannya untuk menguruskan kerja dan anak-anak pada satu masa. Sakit kepala dibuatnya jika mereka bergaduh sesama sendiri. Inilah yang dihadapi Puan Adawiyah Abdul Rahman, sehinggalah beliau mencuba taktik ini untuk mendamaikan kedua-duanya.

Kalau mood tak baik tu, sentuh sikit pun tak boleh.

Pastu dia punya bergaduh tu tahap ummi rasa nak lari dari rumah. Tambah-tambah musim WFH ni.

Akhirnya cakap nak telefon polis kalau selalu bergaduh, baru haru semua nak mintak maaf. Punya takut dengan misai polis tu.

“Mintak maaf la sarjan, kami pinjam gambar sat ye. Berguna ni untuk tempoh bertenang,” tulisnya.

Seperti yang tertera, puan Adawiyah menyimpan kenalan dengan nama ‘Polis’ dan memasukkan nombor yang rawak, 1111 serta wajah sarjan misai yang lengkap berseragam polis.

Perkongsian Adawiyah telah menarik perhatian ramai ibu bapa lain dalam komuniti Anak Sepahkan Apa Hari Ini. Ada antara mereka yang menggunakan trik serupa untuk membuatkan si anak berkelakuan baik. Pun begitu, ada juga yang triknya tidak menjadi, malah si anak lebih teruja menunggu kehadiran polis.

Dari bergaduh terus berpelukan bila petik nama polis

Anak siap buat bunyi siren tunggu polis datang

 

Sementara itu, ada netizen yang menyarankan agar ibu bapa mengajar anak-anak menelefon polis jika berlakunya kecemasan. Kongsi Noormaziera, beliau pernah mengalami situasi cemas dan pitam ketika bersendirian bersama anak-anak, namun terpaksa cuba menggagahkan diri untuk menghubungi suami sebelum kembali pitam.

Sumber: Adawiyah Abdul Rahman

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.