Siakap Keli
Gambar Via Dato Cuckoo Azrol Saad

Dicat Dan Dibersihkan Sebelum Ditinggalkan, Pemilik Rumah Berat Hati Lepaskan Penyewa Yang Pembersih

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Amanah dan jujur merupakan sikap yang ada pada setiap orang  namun pada sesetengah situasi, ia sukar untuk dilaksanakan.

Mungkin dianggap biasa namun ia boleh memberi impak yang besar di dalam hidup seseorang, apatah lagi jika melibatkan harta benda.

Situasi yang dihadapi oleh Azrol Saad ini membuka mata mengenai sikap tersebut dalam menjalani kehidupan.

Menerusi kirimannya di Facebook, beliau berkongsi mengenai rasa berat hati  untuk melepaskan penyewa rumahnya yang telah menjadi rumahnya seperti rumah sendiri.

Menurut Azrol, penyewa tersebut yang telah menyewa rumahnya sejak tahun 2017 tidak pernah menimbulkan masalah dan boleh bertolak ansur.

Rumahnya yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan itu juga telah dicat dan dibersihkan dengan baik. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Terima kasih…Terima kasih….terima kasih..
sebenarnya berat rasa hati nak melepaskan awak pergi..tetapi apakan daya awak dah beli rumah sendiri…selama 2 tahun setengah menyewa rumah saya awak buat seperti rumah sendiri..awak jaga macam rumah sendiri..tak pernah menimbulakan masalah dan boleh bertolak ansur..semalam adalah hari terakhir awak menyewa rumah saya…sebelum meninggalkan rumah siap awak cat dan bersihkan semuanya….terharu saya mempunyai penyewa seperti awak…Terima kasih sekali lagi.tiada apa lagi ungkapan yg saya mampu ucapkan..saya pohon ampun dan maaf jika ada kekurangan saya dan minta halal dunia akhirat.

Dihubungi SK, Azrol juga ada memohon agar penyewa tersebut tetap tinggal di situ namun penyewa tersebut telah pun membeli rumah yang lain.

“Saya pening nak buat pemilihan siapa yang boleh duduk rumah tu selepas ini, sampaikan saya beritahu kepada siapa yang berminat untuk menyewa perlu memperlakukan rumah tersebut seperti penyewa sebelum ini,” katanya.

Sumber: Dato Cuckoo Azrol Saad

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.