Siakap Keli
Gambar Hiasan via hrdailyadvisor.blr.com

JPJ Jelaskan Bagaimana Tali Pinggang Keledar Berfungsi Pada Kelajuan 50 Km/j

Seperti yang semua tahu, sebelum memandu kenderaan, perkara yang wajib dilakukan adalah memakai tali pinggang keledar. Sememangnya, dengan memakai tali pinggang keledar dapat mengelakkan kecederaan ataupun mengurangkan risiko kecederaan.

Pun begitu, masih terdapat segelintir pemandu yang dilihat masih mengabaikan aspek keselamatan yang paling penting itu. Menerusi perkongsian di laman Twitter JPJ Malaysia, terdapat penerangan mengenai bagaimanakah tali pinggang keledar berfungsi.

Jika sesebuah kereta bergerak selaju 50km/j dan melanggar objek pegun, kereta akan berhenti tetapi penumpang di dalamnya masih bergerak mengikut arah yang sama pada kelajuan 50km/j.

Menurut paparan dibawah, situasi berkenaan dinamakan Inersia sehingga sesuatu kuasa menyebabkan ia terhenti.

Selain itu, JPJ Malaysia turut berkongsikan fungsi tali pinggang keledar iaitu untuk menghalang anda daripada:

  1. Terhentak pada papan pemukan atau cermin depan kereta.
  2. Tercampak keluar daripada kenderaan, lazimnya menyebabkan kematian.
  3. Terlanggar beg udara yang sedang terbuka dengan pantas; daya yang boleh mencederakan atau membunuh anda.

SUMBER : JPJ Malaysia 

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.