Siakap Keli

Polis Minta Bantuan Kesan Adik Alif Fitri Berusia 11 Tahun Yang Hilang Sejak Pagi 29 Oktober

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan hebahan pencarian Nur Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Kuantan, Pahang.

Kehilangan mangsa, Nur Alif Fitri Bin Irwan Zulaimi dilaporkan kepada pihak polis pada 29 Oktober, jam 11.46 pagi.

Nur Alif Fitri kali terakhir dilihat di No 6, Lorong 14, Perkampungan Sungai Isap Jaya, dekat sini.

Ciri-ciri fizikal Nur Alif Fitri yang berusia 11 tahun digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 130 sentimeter, berkulit gelap dan berbadan kurus dengan bentuk telinga capang dan rambut sisir tepi.

Orang ramai yang ada menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Sjn Ernee Nadazureen Bte Mohd Nadzir di talian 014-5006802 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5132222.

 

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.