Siakap Keli
Kredit: Google

Senarai Zon Merah Di Tujuh Lokasi Di Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sebanyak 150 kes baharu di Selangor di mana 76 kes daripadanya adalah berpunca daripada kluster baharu, iaitu Kluster Merpati dan Kluster Astaka, setakat hari ini.

Menurut KKM, 40 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada, 22 kes daripada saringan kontak rapat kes dan baki 12 kes adalah lain-lain saringan Covid-19.

Berdasarkan jumlah tersebut, tujuh daerah di Selangor kini telah diletakkan di dalam zon merah di mana melibatkan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Petaling dan Klang.

Manakala, selebihnya adalah zon kuning itu melibatkan empat (4) daerah iaitu Putrajaya, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Zon merah adalah kawasan yang mencatatkan 41 kes atau lebih, zon kuning satu (1) hingga 40 kes, manakala zon hijau tiada kes yang dicatatkan.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.