Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tindakan Dr Zulkifli Hadiahkan Buku Berkaitan Biografi Nabi Muhammad Kepada Duta Perancis Raih Pujian Warganet Luar

Beberapa hari yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada berkongsikan di laman Twitter miliknya mengenai surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo yang dihantar ke Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia.

Dalam perkongsian itu juga, Dr Zulkifli ada menyatakan bahawa beliau turut menghadiahkan sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah dalam terjemahan Bahasa Inggeris.

Tindakan tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian warganet antarabangsa yang kagum akan cara yang ditunjukkan itu.

“Kerajaan Malaysia telah menghantar sebuah buku bertajuk Shamail – Keterangan berkenaan Nabi Muhammad S.A.W, sifatnya, akhlaknya, serta penampilannya. Sentimen seperti ini sangat bagus. Mendidik,” tulis seorang warganet bernama Hasib Noor.

Perkongsiannya itu telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini ianya telah mendapat lebih 1,000 ulang ciap serta lebih 2,000 Likes.

Warganet yang peka dengan tindakan itu turut menyatakan rasa kagum mereka.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.