Siakap Keli
Gambar: Mazs Shaari

“Total Lost 31Kg,” Wanita Kongsi Menu ‘Healthy Meal’ Menyelerakan Buat Suami Hingga Berjaya Turun Berat Badan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki tubuh badan yang ideal bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun ianya juga bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dicapai.

Dengan pemakanan yang betul serta disiplin diri yang tinggi, tubuh badan yang diinginkan itu pasti akan boleh diperolehi.

Terdapat pelbagai menu sedap yang boleh diamalkan dalam mendapatkan tubuh badan yang diinginkan ini. Seorang pengguna Facebook bernama Mazs Shaari ada berkongsikan tentang menu-menu sihat yang dibekalkan kepada suaminya sehingga berjaya turun sebanyak 31kg.

Kredit: Riezam Said Via Diet Suku Suku Separuh

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Susah payah mommy masak Healthy Meal hari-hari untuk daddy bawa pergi keja, dalam masa 3 bulan loss 15 kg.

Senang-senang orang ingat daddy ambil ubat kurus, lepas tu ada pulak yang tanya ada penyakit kencing manis ke.

Aii laaa.

*Total loss 31kg

*Menu-menu yang di masak untuk bawa bekal

*keperluan kalori lelaki setiap hari tidak sama dengan keperluan kalori wanita

Sumber: Mazs Shaari

Aqmal Ezany

I write what is right