Siakap Keli

(Video) “Cikgu Pun Pernah Jadi Murid…” Gelagat Cikgu ‘Throwback’ Zaman Budak, Ajar Murid Cara Main Gasing Pemadam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bergelar seorang pendidik memerlukan daya kreativiti yang tinggi, lebih-lebih jika mengajar di sekolah rendah.

Terdapat banyak cara untuk seseorang guru itu bergaul dengan anak muridnya agar mereka boleh ‘menjadi kawan’.

Salah satu kaedahnya adalah dengan cuba ‘memasuki’ dunia mereka dengan membawa pengalaman yang pernah dilalui satu ketika dahulu.

Seperti yang dikongsikan cikgu Nazri ini, beliau pula ‘berkongsi’ ilmu tentang cara-cara bermain gasing pemadam yang betul kepada anak muridnya.

“Cikgu pun pernah jadi murid,” katanya dalam perkongsian di Twitter.

 

Sementara itu, ada juga netizen lain turut berkongsi kisah-kisah cikgu yang menjiwai jiwa anak murid seperti ini.

Malah ada juga yang kongsi ‘tips’ macam mana nak pastikan gasing pemadam tu betul-betul ‘power’.

Rasanya bukan Cikgu Nazri saja yang boleh main, malah kita yang dewasa ini pun mesti pernah main juga gasing pemadam ini ketika waktu sekolah rendah dulu.

Kalau diimbau balik zaman sekolah rendah, rasanya tak cukup kertas kalau nak senaraikan jenis-jenis permainan ‘tradisi’ yang kita semua pernah main dulu, antaranya:

  • Roket kertas lipat, sebelum terbangkan kena tiup dulu
  • Payung terjun plastik, biasanya boleh beli di kedai jajan
  • Lumba kereta kertas, susun meja kelas panjang-panjang, kereta akan ditiup dari hujung meja. Siapa paling jauh dia menang
  • Kad tepuk, biasanya guna kad terup. Lipat sikit, main atas lantai, adjust tangan kemudian tepuk. Kalau semua kad terbalik, dikira menang
  • Game bola kertas, ambil kad yang dipotong, lipat dua jadi pemain. Bina padang bola atas meja. Cara main, tekan pemain (kad) dan bola melambung ke pemain lain. Paling best time gol. Keeper tak boleh buat apa.
  • Main litar. Kalau anak orang kaya, selalunya guna jenama Pilot. Yang jenis Powergrip, mungkin tahap ‘pro’, tapi kalau jenis ‘Shaker’, itu lejen. Confirm sekali tolak boleh pergi jauh, siap boleh buat ‘lap’.
  • Dan banyak lagi.

Itu semua kenangan.

Sumber: Nazri Merikan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'