Siakap Keli

Viral Rakaman Kucing Mata Layu Seolah-olah Tahan Mengantuk, Tunggu Tuan Balik Kerja 2 Pagi Tarik Perhatian Netizen

Seorang pemilik kucing berkongsi rakaman lucu yang menunjukkan gelagat kucing yang dipeliharanya berdegil untuk berjaga sehingga 2 pagi, semata-mata untuk menantinya pulang dari kerja.

Aksi kucing berkenaan, yang bermata layu seolah-olah sedang menahan rasa mengantuk pantas mencuri perhatian ramai.

Ketika dirakam, kucing berkenaan setia menanti di atas meja.

”Saya pulang dari kerja pukul 2 pagi. Kucing ini betul-betul berusaha menanti kepulangan saya dan cuba berjaga sementara saya mengemas tempat tidur.

Rata-rata netizen meninggalkan komen tertarik dengan sifat kucing berkenaan dan menganggap sebagai teman yang ideal.

Sumber: Daily Star

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.