Adakah anda telah menyimpan buah-buahan di tempat penyimpanan yang betul? Atau, adakah kamu menyimpan semua buah di dalam peti sejuk, dan berfikir ini adalah tempat terbaik untuk menyimpannya? Ada kemungkinan, kamu salah memilih tempat menyimpan buah, sebab ada beberapa jenis buah yang lebih baik tidak disimpan di dalam peti sejuk. Tidak semua buah mendapat manfaat dari udara yang sejuk. Beberapa buah sebaiknya dibiarkan di atas meja dan di atas pinggang buah.
Berikut ini adalah panduan singkat tentang buah-buahan yang tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk, agar tetap segar.
1 . Tomato
Pernahkah anda terfikir mengapa tomato biasanya dijual di bahagian bahan pandanan dengan kentang, bawang, bawang putih, dan sayuran lainnya? Ada sebabnya, iaitu kerana buah berwarna merah dan berair ini paling baik disimpan di bakul sayuran bersama dengan kentang dan bawang daripada di peti sejuk. Tomato matang dari pokok dan ketika disimpan di lingkungan yang dingin, boleh menyebabkan kehilangan rasanya dan menjadi kasar.
2 . Epal dan Pir
Adalah umum untuk menemukan apel dan pir di lemari pendingin, tetapi jika kamu lebih suka memakan epal dan pir dalam keadaan sejuk, itulah satu-satunya alasan untuk menyimpannya di dalam peti sejuk. Sebab, peti sejuk sebenarnya akan mempercepat proses pematangan kerana buah-buahan ini tertutup. Epal dan juga buah pir, terkenal dengan kebolehan mematangkan buah dan sayuran lain di sekitarnya dengan kandungan etilena, iaitu gas yang dikenali sebagai gas pematangan buah. Jadi, tinggalkan Epal dan pir di atas meja, dan buah tersebut tidak akan mudah matang dengan cepat. Selain itu, epal dan pir akan bertahan lebih lama dan tetap lebih segar di atas meja.
3 . Pisang
Ketika anda mahu membeli pisang, anda tidak akan menemukan pisang di bahagian peti sejuk atau bahagian supermarket yang sejuk. Kamu akan menemukan buah ini tergantung di atas rak. Begitulah seharusnya cara menyimpan pisang di rumah juga. Satu-satunya alasan untuk menyimpan pisang di peti sejuk atau freezer adalah ketika buah tersebut sudah terlalu matang untuk dimakan. Menyimpan pisang ini akan menghentikan pisang dari proses pematangan melewati tahap busuk, hingga anda dapat menggunakan pisang ini untuk keperluan membuat cake atau cucur pisang.
4 . Tembikai susu
Sama seperti kebanyakan buah musim panas, tembikai susu yang besar dan berat ini paling baik disimpan pada suhu bilik. Buah jenis ini sebaiknya disimpan di meja sampai hingga ianya siap sedia untuk menghiris dan disajikan. Sejukka hanya ketika buah telah dihiris untuk membuatnya sedikit terasa segar. Namun, seperti halnya apel dan pir, tembikai susu akan berubah menjadi pucat jika disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk.
5 . Avocado
Bila dimasukkan ke dalam peti sejuk, avocado yang kuning kehijauan akan menjadi kehitaman dan kehilangan rasa semula jadinya yang sedap dan berlemak. Avocado paling baik disimpan pada suhu bilik. Anda juga boleh menyimpan avocado di dalam peti sejuk hanya beberapa ketika sebelum menikmatinya. Untuk buah yang mudah rosak, yang terbaik adalah membeli dan memakannya segera setelah dibeli atau setelah buah telah matang dengan sempurna.
Sumber- Kompass.com