Kanak-kanak satu tahun merupakan mangsa termuda COVID-19 yang meninggal dunia di Malaysia, manakala individu tertua berusia 101 tahun kongsi Kementerian Kesihatan (KKM). Setakat ini, sebanyak 249 kematian telah dicatatkan di mana 136 direkodkan dalam gelombang kedua manakala 113 kes melibatkan gelombang ketiga.
Dalam kemaskini terbaru KKM, seramai 46 mangsa meninggal dunia di luar hospital (dalam komuniti) dan mayat mereka disahkan positif COVID-19 setelah di bawa ke hospital.
Dari jumlah itu, 37 daripadanya merupakan pesakit dalam gelombang ketiga COVID-19 manakala sembilan daripada gelombang kedua.
Sejumlah besar kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah melibatkan warga emas yang mempunyai penyakit kronik, lapor KKM.
Sementara itu, negeri-negeri yang mencatatkan kes kematian tertinggi adalah Sabah (114), Selangor (26), Johor (21), KL (19), Sarawak (19), Kedah (8) dan Negeri Sembilan (8) manakala hanya satu kematian dilaporkan di Terengganu.
Dengan 30,899 kes keseluruhan dan 249 kematian, Malaysia berada di tangga ke-88 dalam senarai dunia, tulis KKM.
8 fakta kematian #COVID19 di Malaysia setakat 30 Okt 2020.
1. 249 kematian iaitu 136 dalam gelombang kedua dan 113 gelombang ketiga.
2. 46 kes BID (Brought in dead) iaitu 9 dalam gelombang kedua dan 37 gelombang ketiga.
– BID ialah kematian dalam komuniti dan bukan kes— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 31, 2020
dalam hospital, di mana ujian pengesahan COVID-19 ke atas mayat didapati positif.
3. Kematian pertama di negara kita ialah pada 17 Mac 2020 melibatkan dua warga tempatan.
4. Kematian termuda kanak-kanak berumur 1 tahun dan kematian tertua berumur 101 tahun.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 31, 2020
5. Sebahagian besar kematian melibatkan warga emas yang mempunyai sejarah penyakit kronik.
6. 5 negeri dengan kes kematian tertinggi – Sabah (114), Selangor (26), Johor (21), KL (19), Sarawak (19), Kedah (8), N.Sembilan (8).
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 31, 2020
7. Hanya satu kes kematian di Terengganu.
8. Dengan 30,899 kes keseluruhan dan 249 kematian, Malaysia berada di tangga ke-88 dalam senarai dunia.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 31, 2020
Sumber: KKM