Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

PRK Batu Sapi, PRN Sarawak Tidak Dapat Dielak – Muhyiddin

Putrajaya, 31 Okt – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihanraya di Batu Sapi dan Sarawak hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya dalam perutusan khas hari ini, peningkatan kes COVID-19 yang tinggi kini merupakan situasi yang merisaukan. Pun begitu, pilihanraya tidak dapat dielakkan kerana tuntutan perlembagaan.

“Kalau saudara saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak patut diadakan langsung pada hari ini. Tetapi apa boleh dibuat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya kecualilah jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak. Maka bolehlah kita tangguh kedua-dua pilihanraya itu sehingga COVID-19 ini berakhir.

Jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa sebab sekalipun, rayuan saya pada semua penduduk di Batu Sapi dan Sarawak, berhati-hatilah. Jagalah diri saudara saudari semua dan patuhi SOP apabila pilihanraya diadakan, katanya.

Menurut Fasal 1, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi parlimen manakala fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dewan undangan negeri.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.