KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Taufan Goni yang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 20 km/j dikesan di kedudukan 815 km ke tenggara Luzon, Filipina, berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan notis Nasihat Taufan hari ini menyatakan kelajuan taufan itu boleh mencecah 213 km/j.
Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,571 km ke timur laut Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun pergerakan taufan Goni tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.
Sumber: BERNAMA