Siakap Keli

Pendakwah Ebit Liew Mula Agih Bantuan Di Sabah

SEMPORNA, 31 Okt — Rombongan sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Liew mula mengagihkan bantuan keperluan untuk petugas barisan hadapan di Sabah.

Ketua rombongan itu Mohd Ikhsan Helzy berkata  berkata hari ini mereka mengagihkan bantuan berkenaan di tiga hospital iaitu di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

“Hari ini kami menghantar sebanyak 4,000 peralatan keperluan itu ke pantai timur Sabah termasuk set kelengkapan perlindungan diri (PPE), pelindung muka dan pelindung kasut.

“Kami tiba di Lahad Datu pada  2.30 pagi tadi, dan selesai mengagihkan bantuan di Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu. Kini kami meneruskan edaran bantuan ke Semporna dan Tawau,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, bantuan akan turut diagihkan di Kudat hari ini.

Mohd Ikhsan berkata mereka juga tidak mengalami sebarang masalah dalam mengagihkan bantuan susulan kerjasama yang baik daripada pihak berkuasa.

Semalam, pendakwah terkenal itu melalui perkongsian di Facebook rasminya meluahkan kerisauan dengan keadaan rakyat di Sabah ekoran kes COVID-19 yang tinggi selain menerima banyak mesej memohon bantuan.

Sumber : BERNAMA

Aziezzan