Sebuah kereta dilaporkan telah dipandu melepasi halangan di kawasan Masjidil Haram pada 10.25 malam waktu tempatan, bersamaan jam 3.25 pagi waktu Malaysia.
Menurut Middle East Eye, pemandu kereta itu telah melanggar penghadang di halaman luar masjid sebelum menghala ke arah salah satu pintu luar yang besar, pintu 89.
Menurut Haramain Sharifain, pemandu kereta berkenaan telah ditahan dan sedang disoal siasat.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Dalam video yang tular di media sosial, kelihatan sekumpulan orang ramai menolak kenderaan itu pergi daripada kompleks berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan Arab Saudi bakal membenarkan warga asing untuk menunaikan umrah secara berperingkat di negara itu bermula 1 November ini (esok).
Insiden ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.
Moga Allah pelihara Haramain dan para tetamu-Nya. https://t.co/orKCpP7pJs
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 31, 2020
UPDATE | A Hyundai car, beige colored, collided at Door 89 of Masjid Al Haram at 10:25 pm And the driver was arrested inside the expansion of King Fahad No one was hurt, Alhamdulillah pic.twitter.com/C4TX6cvODs
— Haramain Sharifain (@hsharifain) October 30, 2020
VIDEO 2 — Security men take the car that hit the doors of the Grand Mosque in Mecca (Masjid-al-Haram), out of the Mosque. #Makkah #المسجد_الحرام#سيارة_تقتحم_الحرم pic.twitter.com/RjnRR7NXmr
— Insider Paper (@TheInsiderPaper) October 30, 2020
Sumber: Middle East Eye, Twitter