Agartala, India – Seorang warga emas berusia 90 tahun didakwa telah diperkosa dua lelaki di utara Tripura di sini baru-baru ini, lapor Times Of India.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 24 Oktober itu mula mendapat perhatian selepas keluarga mangsa membawanya untuk membuat laporan polis.
“Suspek dan seorang lagi lelaki menceroboh rumah saya pada tengah malam. Mereka memperkosa saya dan meninggalkan saya hampir separuh mati. Apabila saya sedar pada keesokan pagi, saya memaklumkan kepada jiran. Namun, suspek merupakan individu berkuasa dan kami tidak berani melawannya,” kata mangsa seperti dilaporkan Times of India.
Pun begitu, tiada tangkapan dibuat sehingga kini manakala siasatan masih berjalan. Mangsa telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber: Times Of India