Siakap Keli
Kredit: Bernama

“InshaAllah Kita Berada Di Landasan Yang Betul,” R-Naught Menurun, PKPB Tunjuk Hasil – KP Kesihatan

“InsyaAllah kita berada di landasan yang betul,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah melihatkan penurunan kes baru COVID-19 selepas lebih dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta pengimbangan sektor kesihatan dan ekonomi.

Dalam kiriman beliau semalam, beliau berkata nilai R-naught gelombang ketiga COVID-19 telah menurun kepada 0.95 semalam berbanding 2.2 ketika awal penularan gelombang ini.

Gambar: FB Noor Hisham Abdullah

“Setelah lebih 2 minggu menjalani PKPB dan imbangi kesihatan dan ekonomi, tindakan dan pengurusan Covid-19 membuahkan hasil iaitu kita dapat turunkan jangkitan Ro dari 2.2 pada awal gelombang ketiga kepada kurang dari 1.0 iaitu 0.95 pada hari ini (semalam).”

Katanya, jangkaan kes seharian pada 31 Oktober adalah lebih tinggi berbanding jumlah sebenar, iaitu 659 berbanding 960 kes.

“Jangkaan kes seharian pada 31 Oktober adalah 950 kes tetapi kes pada hari ini hanya 659. InshaAllah kita berada di landasan yang betul dan segala perancangan, pengurusan dan tindakan kita harus dipertingkatkan lagi untuk memutuskan rantai jangkitan Covid-19 dalam negara kita.”

“Jika kita mengguna R0 1.0, sepatutnya semalam dan hari ini kita mendapat kes yang dilaporkan sebanyak 950 tetapi kita dapati ia kurang dari 950 iaitu 799 semalam dan 659 kes pada hari ini.

“Ini bererti jika kita mengikut unjuran R0 1.0 kita adalah kurang dari R0 1.0,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Memetik laporan Bernama, Noor Hisham berkata kes boleh dilandaikan atau nilai R0 boleh dikurangkan kepada 1.0 hingga 0.3 dengan jika semua pihak mematuhi SOP.

Ujarnya, perkara itu boleh dicapai kerana negeri Kedah yang pernah mencatatkan peningkatan kes yang tinggi sebelum ini hanya dua kes dilaporkan di negeri itu semalam.

Sumber: Noor Hisham Abdullah, Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.