Menghilangkan lemak memerlukan penelitian soal permakanan, senaman, mengurangkan tekanan serta memastikan memiliki tidur yang cukup. Namun, terdapat sejenis minuman yang seakan-akan dengan ramuan yang mampu menurunkan berat badan dan juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme badan, mangawal gula dalam darah dan membuang lemak perut.
Minuman tersebut adalah teh hijau yang juga memiliki kandungan antioksidan dan berkesan untuk menurunkan berat badan.
Berikut manfaat yang dapat diperolehi dari mengamalkan minum teh hijau dalam proses menurunkan berat badan yang dipetik dari Eat This Not That.
1. Mengaktifkan lemak baik
Menurut penelitian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, sebatian katekin dalam teh hijau meningkatkan lemak perang di dalam tubuh. Lemak tersebut juga dapat menurunkan berat badan dari tubuh dan memyumbang peningkatkan kadar insulin. Meskipun jumlahnya lebih sedikit di dalam tubuh, lemak perang secara metabolik aktif dan mampu membakar kalori. Semakin banyak lemak perang pembakar kalori yang dimiliki orang dewasa itu semakin baik.
2. Mengecilkan sel lemak
Sebatian dalam teh hijau yang disebut katekin sebenarnya membantu mengaktifkan penyusutan sel lemak. Katekin pencetus pelepasan lemak dari sel lemak, terutama di perut.
3. Memecahkan lemak perut
Katekin paling kuat dalam teh hijau adalah Epigallocatechin gallate (EGCG), sebatian kimia yang bertanggung jawab untuk menurunkan berat badan. Selain meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pemecahan lemak, EGCG juga dapat menghalang pembentukan sel lemak baru. Sebuah kajian ditemukan bahawa lelaki yang minum teh hijau dengan kandungan 136 miligram EGCG kehilangan empat kali lebih banyak lemak perut selama tiga bulan. Jumlah EGCG dalam teh hijau bervariasi, namun rata-rata mengandung 25-86 mg satu hidangan. Untuk lebih banyak EGCG, pilih teh hijau dengan kandungan serbuk matcha yang nutrisinya boleh mencecah 137 kali lebih banyak.
4. Mengawal gula dalam darah
Peningkatan gula dalam darah boleh menyebabkan berat badan bertambah. Gula darah tinggi tidak hanya dapat menyebabkan tubuh menyimpan glukosa sebagai lemak, tetapi juga dapat menyebabkan keinginan makan makanan yang tidak sihat dan tidak bertenaga. Untungnya, teh hijau boleh menanganinya. Baik peneliti Jepun mahupun Mexico menemukan, bahwa antioksidan dalam teh hijau membatasi jumlah total karbohidrat yang diserap oleh tubuh setelah makan, yang pada akhirnya meningkatkan metabolisme gula.
5. Teh hijau sebelum bersenam, gabungan yang baik
Mengamalkan minum teh hijau sebelum bersenam merupakan cara membasmi lemak yang lebih efektif. Dalam kajian selama 12 minggu baru-baru ini, peserta yang minum 4-5 cawan teh hijau setiap hari kemudian berlari cepat kehilangan lebih banyak lemak perut dan lemak tepu. Selain itu, peserta juga mengalami peningkatan massa otot tanpa lemak.
6. Membantu pemulihan setelah bersenam
Bersenam adalah bahagian penting dalam proses penurunan berat badan, tetapi rasa sakit dan lelah sering kali menghalang kita untuk melakukannya. Di sinilah peranan teh hijau yang dapat memulihkan rasa sakit setelah bersenam. Saintis Poland telah meneliti tiga peserta yang mengamalkan tiga cawan teh hijau setiap hari selama seminggu dan hasilnya mereka memiliki lebih sedikit kerosakan sel yang disebabkan oleh olahraga. Jadi, ada baiknya menikmati secawan teh hijau sebelum dan sesudah bersenam.
7. Menurungkan kadar kolestrol
Jika kita memiliki kadar kolesterol tinggi, sebaiknya amalkanlah minum teh hijau. Sebuah analisis yang meninjau hasil dari 14 kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan, pengambilan teh hijau dapat menurunkan kolesterol LDL pada orang dewasa.
Sumber- Kompass.com