Sebuah kereta api metro yang hancur pada hujung platform dilaporkan ‘diselamatkan’ oleh sebuah karya seni daripada terjunam ke bawah.
Memetik laporan Mirror, kejadian yang berlaku di stesen De Akkers di Spijkenisse, Belanda itu merempuh satu penghadang.

Kereta api tersebut akan meluncur kira-kira 10 meter ke bawah jika ia tidak ‘ditangkap’ oleh patung besar yang dinamakan ‘Saved by a Whale’s tail’.

Pemandu kenderaan itu yang juga merupakan satu-satunya orang yang berada di dalamnya berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walaupun berfungsi dengan baik dan sebagai penghadang kereta api tambahan, karya itu tidak dirancang dan dibina untuk dijadikan sebagai fungsi itu.
Namun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana nahas itu boleh berlaku.
Sumber: Mirror