Kerjaya sebagai pembantu rumah atau istilah mudahnya ‘orang gaji’ mungkin bukan jadi pilihan atau kebiasaan sebahagian besar orang kita.
Kerja yang berat, berhadapan keadaan kotor, perlu mematuhi semua kehendak tuan rumah dan sebagainya adalah cabaran utama bidang kerjaya ini.
Bagaimanapun, bagi orang luar misalnya dari Filipina dan Indonesia, kebanyakan mereka sanggup berhijrah ke negara ini semata-mata untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.
Mungkin faktor bayaran yang lumayan menjadi asbab mereka ‘sanggup’ ke sini.
Tahukah anda, antara pekerjaan yang sedang mendapat permintaan tinggi serta taraf gaji yang lumayan hari ini adalah pembantu rumah daripada warga Filipina.
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Amir Zain di Facebooknya hari ini seperti di bawah ini.
Baru selesai menelefon agensi untuk ambil pembantu rumah.
On-demand sekarang adalah pembantu rumah berbangsa Filipina.
Mengikut dapatan, mereka mempunyai track record cemerlang (komunikasi, profesionalism, patuh, attitude dan lain-lain).
Kebanyakan mereka beragama Kristian. Mereka wajib diberi satu hari cuti setiap minggu.
Tentang gaji mereka pula, untuk yang sudah berada di Malaysia, gaji mereka ialah RM3,000 – RM3,500 (waived kos permit).
Tinggi betul gaji.
Ini bukan main-main. Gaji ini still on-demand dan ada majikan yang nak hire.
Dengan benchmark baru ini, masih tak ada sumber manusia tempatan ke? RM3,000 bersih kot.
Saya percaya suatu hari nanti kita boleh tukar landskap kerja pembantu rumah ini ada KWSP, SOCSO, medical coverage etc.
“Gaji graduan kita sudah tidak relevan lagi..”
Sementara itu, seorang warga Twitter, Khairul Azri turut mengulas pandangannya berkenaan isu yang diketengahkan Amir Zain ini.
Katanya dalam ciapan di Twitter, dia berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia ‘cuba’ menceburi bidang kerja ini secara lebih serius.
Jangan main-main kerja maid pun boleh demand gaji 3.5k.
Kalau nak murah sikit, range 3K, boleh ambil yang freelance, tapi tempat makan, tempat tidur etc ko kena cover.
Mungkin dah tiba masanya rakyat Malaysia sendiri jump into this kind of sector… pic.twitter.com/QIMODE0QgO
— Khairul Azri (@mkhairulazri) November 2, 2020
Kata Khairul, salah satu faktor yang mempengaruhi keperluan sumber tenaga tempatan ini adalah berkaitan dengan soal gaji pekerja.
Kalau nak kata Bahasa, berlambak graduan kita boleh berbahasa Inggeris, silap boleh berbahasa tambahan -Mandarin, Jepun, BM xpayah cerita lah, tp masuk kerja gaji RM1.5k-1.8K. Kalau nak kata hospitaliti, comm,berlambak graduan dari jurusan berkenaan last2 jd admin gaji min 1.2K.
— Khairul Azri (@mkhairulazri) November 2, 2020
Jelasnya lagi, gaji minimum yang ditetapkan kerajaan kepada graduan-graduan baharu yang baru memulakan dunia kerjaya sudah tidak lagi relevan.
Moga gomen boleh terbuka mata.
Gaji graduan kita sudah tidak relevan lagi.Masa untuk tekanan diberikan kepada para majikan utk semua orang dapat fair wages.
Kalau gaji maid rm3k pun tidak menjadi masalah, takkan gaji engineer masih 1.8K? No one should be left behind.
— Khairul Azri (@mkhairulazri) November 2, 2020
Sehubungan itu, beberapa netizen lain turut memberikan komentar, ulasan dan pandangan masing-masing berkenaan isu ini.
Zaman sekarang banyak “maid modern”. Vaccum dyson, vacuum robot, dryer, airfryer, dishwasher,oven, theromomix, noxxa . Apa susah nak ambik maid. Baik hantar anak pergi playschool dari duduk rumah dengan maid. 🤣🤣🤣🤣🤣
— Nur Afifah (@ummufateh89) November 2, 2020
Filipina maid mmg mahal sbb diorg masih dikawal undang2 dari negara diorg… Ada minimum salary etc.
— Arwah Dulu Baik Orangnya (@AimanMMG) November 2, 2020
Minimum salary ni bukan ikut negara kita ke, kalau ikut minimum salary negara dia lagi ciput kot..tukar RM tak sampai 800 sebulan ni. 😅 pic.twitter.com/GzPT8ZZtOW
— Khairul Azri (@mkhairulazri) November 2, 2020
Warga bangladesh pulak rate diorang 2300 keatas. Makan nasi dengan kuah. Naik basikal. Duduk berhimpit. Cukup tahun balik terus jadi jutawan 👏🏻👏🏻👏🏻
— Repppdin #tukangprintbaju (@ariffudin_sahak) November 2, 2020
Maid local ni best makcik2 aja. Masak sedap, rasa mcm layanan nenek sikit. Best ! Kalau maid muda banyk scandal.
— Prince Tasik Jaya🇲🇾 (@DanialRaziq96) November 2, 2020
masa kecik mak ada amik maid tp asyik minta nak balik kmpg (indo) sbb rindu kampung katanya. so mak amik makcik area kawasan rumah je. bayar upah ikut persetujuan.
start dtg kul10am, kul 4pm da balik👍 sabtu ahd mmg x kerja.
makcik tu happy dpt keje, mak aku tenang pergi kerja— zie (@BlessedIsZIE) November 2, 2020
Kalau Malaysian yg jadi maid, boleh ke setaraf layanan Filipina? Cuti sehari seminggu, annual leave mcm mana? Kalau dh namanya Malaysian, nnt mesti nk cuti adik kahwin, abg kahwin, anak buah aqiqah macam2 lah. Bila banyak ragam, sanggup ke majikan nk bayar rm3.5k?
— Zeeketu (@zeeketu) November 2, 2020
Sumber: Amir Zain, Khairul Azri