Siakap Keli

Khas Buat Rakyat Johor Beli Barang Di Shopee Dapat Diskaun Sehingga RM20

Baru-baru ini, kerajaan negeri Johor telah melancarkan Jualan Makmur Johor khususnya kepada warganegara Johor golongan B40 dan M40. Pelancaran ini dilakukan dengan kerjasama syarikat terkenal iaitu Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri serta Ehwal Pengguna Johor.

Dengan pengunaan baucer Jualan Makmur Johor tersebut, Shopee menawarkan pembelian barang keperluan minimum RM60 dalam satu resit malah mendapat potongan sebanyak RM20 di Shopee dan menawarkan penghantaran secara percuma ke rumah anda.

Baucer tersebut akan dikreditkan kepada pembeli yang layak dari 6 November 2020 hingga 28 November 2020 di bawah “My Voucher” dan layak untuk 39,500 orang terawal sahaja.

Gambar via Shopee.com

Rakyat Johor jangan lepaskan peluang dan sila rujuk gambar dibawah untuk mendapatkan diskaun barang keperluan sehingga RM20.

Gambar via shopee
Gambar via Shopee
Gambar via Shopee
Gambar via Shopee

Sumber: Shopee Malaysia 

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.