Siakap Keli

Tawaran ‘Gila-gila’ Sempena LAZADA 11.11, Smartphone OPPO Dijual Dengan Potongan Lebih RM1000

Buat anda yang tengah berkira-kira nak ‘angkat’ smartphone baru, ada berita baik untuk anda semua. Bersempena dengan Lazada 11.11 ini, jenama smartphone terkemuka dunia, OPPO hadir dengan pelbagai tawaran menarik yang sangat-sangat menggiurkan yang pastinya membuatkan anda tersenyum lebar.

Bercakap tentang ‘sahabat sejati’ kita, OPPO, dan juga Lazada 11.11, OPPO ada menawarkan pelbagai tawaran menarik lain dari yang lain.

Bermula daripada 22 Oktober lepas sehingga 10 November ini, anda berpeluang untuk memiliki OPPO Reno2 pada harga RM999 dengan membuat tempahan awal dan bayaran deposit 10 peratus sahaja!

Melalui kempen Lazada Chup Dulu ni, boleh la anda menabung duit dahulu sebab baki bayaran boleh dibuat pada 11 November nanti.

Inilah masanya, kalau anda tengah cari hadiah untuk buat suprise hadiah hari jadi orang tersayang, anniversary pasangan masing-masing ataupun untuk ‘self-reward’, buka Lazada cepat-cepat dan ‘chup dulu’ OPPO Reno2 okay.

Haaa, selain tu jangan lepaskan peluang mengikuti Live Show yang akan diadakan oleh OPPO di platform LAZADA nanti, bermula dari 1 sehingga 11 November.

Masa tengah tengok live show nanti, pastikan segera add to cart semua kod baucar yang diberikan. Kod-kod baucar ini boleh diguna ketika membuat pembayaran masa Lazada 11.11 nanti.

Setiap pembelian yang dibuat nanti, anda berpeluang untuk mendapat hadiah seperti gift box yang eksklusif, beg OPPO Reno, Enco Free bernilai RM499, OPPO Watch straps dan juga Remax Powerbank. Korang boleh tengok pada jadual Live Show ni untuk rebut peluang korang!

Tak cukup dengan itu, OPPO turut menawarkan potongan harga tak masuk akal sempena Lazada Follower Campaign.

OPPO Enco W31, OPPO Enco W11 dan Remax Powerbank dijual pada harga RM11.11 je!

Ya, anda tak salah baca. Tapi anda terlebih dahulu kena pastikan pengikut OPPO di OPPO Lazada Official Store mencecah 45k, 55k dan 56k orang pengikut okay.

Jadi, apa tunggu lagi. Ajak family, saudara-mara dan kawan-kawan anda cepat-cepat follow OPPO Official Store di Lazada. Lagi cepat sasaran capai, lagi senang anda nak beli aksesori tadi.

Tak cukup dengan semua itu? Masih nak menang lagi hadiah-hadiah daripada OPPO?

Anda juga boleh memenangi OPPO A92 bernilai RM1199 dengan menyertai peraduan Spot & Win, bermula dari 1 hingga 11 November.

Macam mana nak sertai peraduan ni? Senang je, anda cuma perlu like post dari OPPO, kemudian komen berapa banyak perbezaan yang ada dalam gambar yang dipost.

Anda juga perlu menyatakan sebab kenapa OPPO A92 wajib menjadi milik anda dan jangan lupa #OPPO1111 dan #Lazada1111MY.

Lepas tu, kongsikan post berkenaan dan tag tiga rakan. Pastikan perkongsian berkenaan ditetapkan pada tetapan umum okay.

Pemenang dengan komen paling menarik akan diumumkan pada 11.11 nanti.

Belum habis lagi, anda juga berpeluang untuk memenangi baucar bernilai RM25 dan juga sebuah OPPO A92 berharga RM1199 dengan menyertai Lazada in-app games. Baucar ini, anda boleh guna di semua stor yang ada di Lazada.

Pada hari yang dinanti-nanti semua, ‘D-Day’ Lazada 11.11, hadiah dari OPPO mencanak naik tau, dengan diskaun sehingga 56 peratus!

Model-model seperti OPPO Reno3 Pro ditawarkan pada harga RM1299, OPPO A92 pada harga RM699 dan OPPO A12e ditawarkan pada RM399 je.

Nilai baucar meningkat sehingga RM120 ditawarkan apabila anda membeli mana-mana smartphone OPPO.

Bukan tu je, masa Lazada 11.11 nanti, anda juga berpeluang untuk menyertai Watch, Buy and Win Liveshow di laman facebook OPPO Online Store bagi setiap pembelian smartphone OPPO.

Kat situ, anda cuma perlu komen order ID dan berpeluang memenangi Ogawa Massage Chair, OPPO Watch 46mm bernilai RM1299, OPPO Enco Free bernilai RM499, Neo smart band, OPPO Enco W11 dan Remax Powerbank.

Jadi jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk memiliki smartphone OPPO dengan harga jimat di Lazada 11.11

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti facebook, layari laman web OPPO atau terus ke laman web LAZADA. Jangan lupa juga untuk ikuti OPPO Official Store di Lazada.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.