PUTRAJAYA, 2 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 834 kes positif baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini.
Daripada angka tersebut, hanya tiga daripadanya merupakan kes import, manakala selebihnya adalah kes penularan tempatan.
Sabah mencatatkan sebanyak 503 kes, Selangor 129 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 105 kes, Pulau Pinang 21 kes, WP Kuala Lumpur 2o kes, Negeri Sembilan 16 kes, Sarawak 14 kes, Johor lapan (8) kes, WP Putrajaya enam (6) kes, Kedah tiga (3) kes, Kelantan dua (2) kes dan Pahang satu (1) kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes positif di WP Labuan adalah hampir enam kali ganda berbanding hanya 18 kes semalam.
“Ia berikutan lebih banyak saringan bersasar dijalankan di lapangan.
“Saringan komuniti yang dijalankan di Jalan Tenaga, WP Labuan telah mengenal pasti sebanyak 57 kes positif COVID-19 hari ini,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.
Dalam masa sama, terdapat 900 kes pulih dan dibenarkan discaj turut dilaporkan hari ini.
Selain itu, terdapat 2 kematian dan 5 kluster baharu juga direkodkan.
Maklumat lanjut menyusul.
Terkini. 2 Nov. Kes baharu #COVID19 hari ini 834, lebih rendah berbanding 900 kes sembuh.
Kes aktif kini bawah 10,000.
Kes baharu tertinggi, Sabah (503), Selangor (129), Labuan (105), KL (22) PP (21).
2 lagi kematian, 5 kluster baharu, 1 kluster tamat – Kluster Sungai.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 2, 2020
Sumber: KKM