Siakap Keli

(Video) Kereta Terbang Belanda, Pal-V Liberty Kini Diiktiraf Kenderaan Sah Untuk Jalan Raya Di Eropah

Kereta terbang, Pal-V Liberty buatan Belanda kini diiktiraf sebagai kenderaan yang sah untuk digunakan di atas jalan raya di Eropah.

Menurut laporan New Atlas, bagaimanapun penentuan sama ada kenderaan berkenaan akan didaftarkan sebagai sebuah kereta ataupun sebagai sebuah pesawat masih menjadi topik perbincangan bakal pemilik.

Pal-V Liberty adalah sebuah kereta terbang dengan konsep 3 tayar, memandangkan ia lebih mudah mendapat kebenaran daripada EU berbanding konsep kereta terbang 4 tayar.

Konsep kereta terbang 3 tayar dipilih memandangkan ia lebih ringan ketika di udara berbanding konsep kereta terbang 4 tayar.

Berbekalkan enjin dengan 100 kuasa kuada, Pal-V Liberty dilapor mampu memecutĀ  diatas jalan raya sehingga 160kmj dengan 0-100kmj boleh dicapai kurang dari 9 saat.

Dalam mode penerbangan pula, Pal-V Liberty boleh berlepas daripada landasan sepanjang 300 meter dan boleh memecut di udara pada kelajuan 180kmj. Ia juga mampu terbang sehingga ketinggian 3,500 meter.

Dengan tangki 100liter, Pal-V Liberty boleh terbang selama 4 jam 30 minit atau jarak 500km. Bagaimanapun ketika di darat, jarak yang boleh dicapai adalah 1,315km.

Pertukaran mode jalan ke mode penerbangan dikatakan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

 

Sumber: New Atlas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'