Siakap Keli

“Warna Minyak Masak Jadi Perang Pekat,” Ini 6 Tanda Anda Sudah Perlu Tukar Minyak Masak

Kita semua ambil maklum bahawa minyak masak merupakan antara bahan utama setiap di setiap resepi yang bergoreng atau tumisan. Selain minyak masak bersumberkan buah kelapa sawit, terdapat juga minyak masak daripada sumber-sumber lain seperti jagung, buah zaitun dan bermacam-macam lagi jenis minyak masak dari sumber yang berbeza.

Tapi tahukah anda bila perlu ganti minyak masak? Minyak masak yang diguna pakai berulang kali pasti ianya merupakan tindakan yang tidak sihat untuk diamalkan. Berikut perkongsian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengenai 6 tanda minyak masak anda harus diganti.

  1. Warna minyak masak menjadi perang pekat.
  2. Minyak masak menjadi lebih likat dan pekat.
  3. Minyak masak berbau tengik.
  4. Asap banyak dihasilkan ketika minyak dipanaskan.
  5. Warna makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan tidak menarik.
  6. Rasa makanan yang digoreng menjadi tidak sedap oleh kerana sisa makanan dalam minyak masak.

Sumber- Twitter Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makana

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.