Apa yang dikatakan sebagai”burnout”?
Menurut kenyataan daripada laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa burnout adalah suatu simptom yang merujuk kepada keadaan emosi, mental serta fizikal yang mengalami keletihan oleh faktor stress yang berpanjangan dan berulang pada diri individu tersebut. Ia juga sering terjadi disebabkan daripada pekerjaan yang dilakukan malah burnout juga boleh terjadi secara meluas di dunia lain seperti dunia keibubapaan, rumah tangga dan sebagainya. Ia sering menghantui golongan pelajar, remaja dan dewasa tetapi kini ianya boleh dihidapi tidak kira umur dan status individu tersebut.

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh dilihat sekiranya individu mengalami burnout:
- Anda sering berasa letih walaupun mendapat rehat serta tidur yang cukup.
- Menganggap hari yang dilalui itu adalah hari yang buruk.
- Diri berasa bosan pada jangka masa yang lama.
- Masa yang diperuntukkan semakin lama dan semakin tidak bermutu.
- Melihat sesuatu perkara sebagai bentuk pembaziran tenaga dan cukup sekadar memenuhi kehendak.
Oleh itu, burnout akan memberikan impak yang negatif dalam sesuatu pekerjaan di mana ianya akan membuatkan organisasi serta rutin kehidupan seharian menjadi tidak terurus dengan baik. Hal ini demikian, kebanyakkan individu yang menghidapi burnout tidak ubah seperti pepatah melayu “hangat-hangat tahi ayam”.
Tanpa anda sedar, burnout menjadi suatu gejala yang dianggap serius oleh ahli psikologi di seluruh dunia. Hal ini, ahli psikologi mahupun doktor bertungkus lumus mencari inisetif yang berkesan agar masyarakat tidak memandang hal tersebut dengan sebelah mata sahaja kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan dari segi fizikal dan juga mental individu itu sendiri. Menurut World Health Organization (WHO), gejala burnout tersenarai di Revisi ke-11 Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) di mana tidak dikelaskan sebagai keadaan perubatan.

Jika anda mengalami burnout, anda perlu mengatasi masalah tersebut dengan tindakan segera dengan saranan daripada ahli psikologi mahupun doktor. Salah satu kaedah yang membantu anda mengatasi permasalahan tersebut adalah “Self Love”.
Apa itu “Self Love” dan kenapa ianya penting?

Menurut Psychology Today yang ditulis oleh Sarah-Len Mutiwasekwa mengatakan bahawa “self love” membawa maksud mencintai diri sendiri di mana ianya melibatkan aspek menyedari diri, menghargai diri, percaya diri dan juga ambil berat dengan diri sendiri. Seandainya salah satu daripada aspek tersebut tidak dilaksanakan, maka diri anda belum kukuh dengan perkataan “self love”. Sesetengah masyarakat mengetahui erti dan maksud self love tetapi tidak memahami self love itu sendiri.
Persoalan di sini, adakah self love sangat penting bagi diri individu itu sendiri tersebut? Self love memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu individu. Contoh yang boleh anda ambil, apabila individu mengalami burnout maka kaedah atau penyelesaian yang boleh diambil adalah self love. Dengan self love, individu boleh berfikir dengan rasional saat menghadapi masalah dan memikirkan solusi yang tepat. Walaupun anda sudah mengetahui apa itu self love bukan bermakna senang untuk diamalkan di dalam rutin harian. Berikut merupakan tips bagi mengaplikasikan self love dalam kehidupan:
1. Mempunyai tujuan hidup
Setiap manusia mempunyai tujuan hidupnya yang tersendiri. Apabila mempunyai tujuan hidup maka anda akan lebih menerima dan mencintai diri sendiri tatkala menanamkan niat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat demi masa hadapan.
2. Memaafkan diri sendiri
Kadang manusia selalu salahkan serta menghukum diri mereka sendiri walaupun permasalahan bukan berpunca daripada diri sendiri. Di sini, anda perlu menerima di mana setiap manusia tidak pernah terlepas daripada mengalami kegagalan, kekeliruan dan kesalahan dalam perjalanan hidup. Malah, anda digalakkan sama sekali untuk mengambil pengajaran dan terus hidup dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
3. Lindungi diri sendiri
Maksud disebalik lindungi diri sendiri adalah sekiranya anda berasa tidak selesa berada berdekatan dengan orang sekeliling yang membawa aura negatif, maka anda perlulah menjauhinya daripada keceriaan dan kebahagiaan anda diragut oleh mereka.
4. Tegas pada batasan
Sikap tegas di sini membawa erti yang menetapkan sikap tegas sebagai contoh, beranikan diri untuk mengatakan perkataan “tidak”. Hanya satu perkataan sahaja perlu dikatakan tetapi tidak semua orang mampu mengungkapkanya kerana merasa diri terlalu kerdil. Anda perlu mengatakan “tidak” kepada sesuatu perkara sekiranya perkara yang diterima itu menganggu atau membahayakan fizikal atau mental anda.
5. Merawat diri dengan baik
Merawat diri dengan baik bukan bermakna anda perlu bersolek khusunya kaum wanita. Merawat di sini adalah berdasarkan perkara atau kegiatan kesihatan dan berkualiti bagi diri sendiri. Contohnya, anda boleh mengambil permakanan yang seimbang yang kaya dengan nutrisi bagi tubuh badan, beriadah, mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari dan sebagainya. Ia cukup membuktikan anda mencintai dan menghargai diri anda.
6. Kesedaran diri
Kesedaran diri dipupuk di dalam diri kerana hanya anda yang mengenal dan mengetahui apa yang terbaik buat diri anda. Fokuskan dengan diri anda sendiri tanpa menghiraukan perspektif orang di sekeliling anda. Hal ini demikian kerana orang di sekeliling tidak rasa dan tidak melalui perkara yang sama sepeti apa yang anda lalui.
7. Keperluan bukan kehendak
Setiap orang mempunyai ego masing-masing tidak kira lelaki dan juga perempuan. Sekiranya anda menghargai dan mencintai diri anda, anda mampu mengendalikan ego anda daripada perkara yang tidak diperlukan. Fokuskan dengan sesuatu yang terbaik buat diri anda sesuai dengan keperluan yang penting serta utama.
Rujukan
(1) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 2019, Sumber dipetik daripada https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/apa-itu-burnout-keadaan-emosi-mental-dan-keletihan-fizikal-yang-disebabkan-oleh-/10156380688551237/
(2) Penerbitan Psikologi, 2017 – ekspresi psikologi, Sumber dipetik daripada https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/psikologi/1389-ekspresi-psikologi-edisi-01/file
(3) Burn-out an “occupational phenomenon”: International Classification of Diseases, 2019, Sumber dipetik daripada https://www.who.int/mental_health/evidence/burn-out/en/
(4) Mutiwasekwa, S. , 2019. Self-Love, Sumber dipetik daripada https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-upside-things/201911/self-love
(5) Afifah, M, 2020. Apa itu Self Love? Halaman all, Sumber dipetik daripada https://health.kompas.com/read/2020/03/08/193400268/apa-itu-self-love-?page=all