Tokyo- Nijigen no Mori atau juga dikenali sebagai Awaji Island Anime Park telah menarik perhatian peminat manga dan anime popular dunia iaitu Naruto dan “Boruto” sejak dibuka tahun lalu. Menawarkan keseronokkan dan pengenbaraan yang interaktif dimana pengunjung boleh menikmati suasana seperti dalam anime kegemaran mereka. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati labirin serta ujian dan cabaran yang telah mereka sediakan.
Bangunan yang telah diubah suai dengan menggabungkan muslihat-muslihat lucu di berbagai sudut ruangan dan mengproduksikan adegan dan karakter anime dari Hidden Leaf Village. Selain itu, para pengunjung akan menerima tiket percuma ke Taman Anime Nijigen no Mori yang berdekatan di Hyogo Prefectural Awaji Island Park. Anda akan menikmati “NARUTO & Boruto Shinobi Zato” di sini.
Tidak ketinggalan, anda akan dapat menikmati ruangan bilik yang bertemakan NARUTO di GRAND CHARIOT Hokuto Shichisei 135°, fasiliti glamping yang terletak di dalam Hyogo Prefectural Awaji Island Park, setiap sudut memiliki elemen dari dunia NARUTO. Bermula dari ruang tamu yang diinspirasi dari pejabat Hokage hingga teres tempat anda boleh mencuba Summoning Technique.
Penginapan termasuk sarapan pagi dan makan malam, dan juga satu set barang dengan rekaan asli (yukata, pouch, payung lipat, pelitup muka, dan gula-gula). Sebagai tambahan, tiket regular untuk memasuki Taman Anime Nijigen no Mori NARUTO & BORUTO Shinobi Zato diberikan kepada setiap pengunjung sebagai giveaway. Tempahan telah dibuka sejak 1 Jun 2020 yang lalu dan anggaran bilik penginapan bermula dari 93.000 yen/malam.
NARUTO & BORUTO Shinobi Zato menciptakan semula dunia NARUTO dan anak lelakinya, BORUTO, seperti yang digambarkan dalam anime BORUTO: NARUTO Next Generations. Pengunjung dapat menikmati adegan yang membuat mereka merasakan seperti menjadi pelatih di Hidden Leaf Village tempat NARUTO dan Boruto berada.
Sumber- Japantoday