Terdapat sebanyak dua kluster baharu dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Cergas dan Kluster Permatang.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster tersebut melibatkan daerah di Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.
Berikut merupakan perincian bagi kesemua kluster tersebut.
KLUSTER CERGAS
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30751) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Rembau, Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja’afar.
Sehingga 3 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana:
12 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
126 individu dikesan negatif; dan
Enam (6) individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER PERMATANG
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kulim di negeri Kedah serta daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-34174) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) di sebuah pusat perubatan swasta dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 31 Oktober 2020. Kes indeks kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga 3 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana:
Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
74 individu dikesan negatif; dan
15 individu masih menunggu keputusan.
Sumber: Kenyataan Akhbar KP Kesihatan