Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Dukacita Dimaklumkan, 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini, Paling Tinggi Sejak COVID-19 Landa Negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat pertambahan 12 kes kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini.

Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 263 kes bersamaan 0.8%.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah.

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian 252 iaitu kes ke 29, 756 yang melibatkan seorang lelaki Warganegara yang berusia 64 tahun, beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung dan meninggal di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 253 iaitu kes ke 30, 556 pula melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 58 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan asma. Beliau meninggal dunia di Hospital Kudat.

Kes kematian 254 iaitu kes ke 31, 417 melibatkan seorang perempuan warganegara berusia 44 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi, beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 255 iaitu kes ke 31, 418 melibatkan lelaki Bukan Warganegara yang berusia 14 tahun dan mempunyai tibi meningitis dan hidrosefalus. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 256 iaitu kes ke 33, 007 melibatkan seorang perempuan Bukan Warganegara berusia 61 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Kes kematian 257 iaitu kes ke 33, 008 melibatkan lelaki Bukan Warganegara yang berusia 25 tahun. Beliau meninggal di Hospital Duchess of Kent.

Kes kematian 258 iaitu kes ke 34, 014 melibatkan lelaki Warganegara berusia 82 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tawau.

Kes kematian 259 iaitu kes ke 34, 015 melibatkan seorang lelaki Warganegara berusia 80 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi, strok dan penyakit jantung dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 260 iaitu kes ke 34, 016 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 80 tahun dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 261 iaitu kes 34, 017 melibatkan seorang perempuan Bukan Warganegara berusia 70 tahun dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 262 iaitu kes 20, 237 libatkan seorang perempuan Warganegara berusia 47 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan psoriasis dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 263 iaitu kes 23, 399 libatkan lelaki Warganegara berusia 56 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story