Siakap Keli

TERKINI: PKPB Akan Dilaksanakan Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan Babitkan 9 Mukim Berkuatkuasa 5 Nov Ini

PUTRAJAYA, 3 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan di sembilan mukim dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan mulai 5 Nov ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang dikesan di kawasan-kawasan terlibat.

Kawasan-kawasan terlibat ialah Lenggeng, Setul, Pantai, Labu, Bandar Seremban, Sendayan,  Ampangan, Rasah dan Rantau.

“Semua sekolah, insititusi pendidikan, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.

“Manakala bagi aktiviti keagamaan, di masjid dan surau seperti laungan azan, solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat akan diputuskann oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam pada itu, semua aktiviti sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa, hanya waktu yang dihadkan seperti PKPB di kawasan-kawasan lain sebelum ini.

Sementara itu, PKP Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilaksanakan di Lot 1/7A, Lot 1/7B dan Lot 1/7F di Putra Point, Nilai masih diteruskan.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'