Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: PKPD Di Penjara Seberang Perai Dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Dilanjutkan 14 Hari Lagi Mulai 5 Nov – Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai di Pulau Pinang dilanjutkan bermula 5 November ini.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai Pulau Pinang selama 14 hari lagi bermula 5 November sehingga 18 November 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian non-kesihatan sebentar tadi.

 

 

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story