Siakap Keli
Kredit gambar: Google

“Boleh Ke Pembunuh Dilepaskan Kalau Gunakan Alasan Mangsa ‘Provok’ Dia? Jawapannya Tidak, Tetapi…“- Ini Penjelasan Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang peguam, Mufarwa Farid dalam satu perkongsiannya di laman facebook baru-baru ini membawa satu topik yang menarik dalam dunia perundangan.

Dalam perkongsian tersebut, beliau berkongsi info-info yang mungkin ramai daripada kita tidak tahu iaitu, bolehkah seseorang pembunuh itu dilepaskan sekiranya dia menggunakan alasan diprovok mangsa?

Ingin tahu mengenai hal tersebut, jom baca perkongsian beliau dibawah.

Boleh ke pembunuh dilepaskan kalau dia gunakan alasan mangsa ‘provok’ dia?

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Jawapannya: tidak.

Pembunuh tidak akan dilepaskan disebabkan hilang pertimbangan lepas kena ‘provok’ dengan mangsa.

Namun, provokasi boleh dijadikan ‘defence’ untuk turunkan seksyen sahaja.

Kesalahan membunuh (Seksyen 300) itu akan dikurangkan kepada kesalahan mematikan orang, tetapi tidak terjumlah kepada membunuh (Seksyen 304).

Hukuman bagi kesalahan Seksyen 300 adalah gantung sampai mati (hukumannya dalam Seksyen 302). Manakala hukuman Seksyen 304 adalah penjara 10 atau 30 tahun.

Apakah perbezaannya?

Apa beza kedua-dua kesalahan ini? Kedua-duanya kesalahan bunuh, tapi kenapa ada beza?

304 bukan membunuh tak sengaja tau. Kalau bunuh tak sengaja, ada di Seksyen 304A.

Nanti-nanti saya terangkan. Ia satu perbincangan yang panjang.

Berbalik semula kepada provokasi.

Jadi, walaupun seseorang ini kena ‘provok’ dengan mangsa, dia tetap akan dituduh membunuh. Namun, alasan provokasi ini hanya boleh digunakan untuk turunkan hukuman sahaja.

Apa itu provokasi?

Provokasi ini apa?

Provokasi adalah perbuatan atau perkataan yang membuatkan orang biasa hilang pertimbangan diri.

Contohnya, seorang suami ternampak isteri berzina dengan lelaki lain. Dia tak dapat kawal diri, dia terus bunuh lelaki tersebut.

Contoh lain, A berkulit gelap. Kemudian, B tiba-tiba menjerit mengatakan ibu A bersetubuh dengan lelaki Afrika. A hilang kawalan, kemudian bunuh B.

Contoh lain, Zack tegur seorang pakcik sebab tak pakai ‘mask’ di bank. Pakcik tu membalasnya dengan meludah ke kaki Zack. Zack terus menikam jantung pakcik tu pakai pen, lalu mati. Ala-ala John Wick.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Bukan semua jenis provokasi boleh dijadikan ‘defence’

Walau bagaimanapun, bukan sebarang provokasi boleh digunakan sebagai ‘defence’. Provokasi itu hendaklah mengikut syarat-syarat tersebut:-

1- Bersambung

Provokasi itu hendaklah bersambung. Tak boleh ejek semalam, hari ini bunuh. Dia kena ‘immediate’. Waktu itu juga. Dendam tidak dikira sebagai provokasi.

2- Mengejut

Provokasi itu hendaklah mengejut. Ia mesti di luar jangkaan. Ia mesti ada ‘sudden’.

3- Hal-hal besar

Provokasi itu haruslah hal-hal besar. Hal-hal maruah atau fitnah antara isu yang boleh disebut ‘besar’.

4- Oleh mangsa sendiri

Provokasi itu mestilah dibuat oleh mangsa sendiri. Kalau kita berjalan ke stadium, kena ‘provok’ dengan gerombolan penyokong lawan, lepas itu kita main tikam je salah seorang penyokong, tak boleh gunakan ‘defence’ provokasi.

5- Bukan yang dicari-cari

Provokasi itu bukan satu provokasi yang dicari-cari. Maksudnya, provokasi itu 100 peratus datang daripada mangsa.

Kalau pembunuh tu ‘start’ dulu, tak bolehlah dia gunakan ‘defence’ provokasi ini.

6- Bukan perkara mengikut undang-undang

Provokasi bukan daripada perkara yang mengikut undang-undang.

Contohnya, ada polis tahan seorang lelaki untuk dibawa ke bilik penyiasatan untuk bantu siasatan. Tiba-tiba lelaki ini melenting dan tikam bila polis tu nak gari dia. Dia rasa, gari tersebut adalah satu provokasi. Ini tak boleh.

7- Bukan daripada pertahanan diri

Provokasi bukan daripada pertahanan diri.

Contohnya, ada seorang lelaki nak rogol seorang perempuan. Tengah meronta-ronta tu, perempuan tu pergi ludah kat muka. Lelaki tu pun bunuh sebab rasa dia diprovokasi. Ini tak dikira provokasi.

8- Setimpal

Provokasi itu hendaklah setimpal. Kalau setakat orang tu baling batu kat rumah, lepas tu kita kejar dia, kemudian bunuh. Ini bukan provokasi. Sepatutnya bagi orang biasa, marah-marah pun taklah sampai nak bunuh.

9- Logik

Provokasi itu mesti logik. Mahkamah akan tengok sama ada perbuatan atau percakapan mangsa itu benar-benar menghilangkan kewarasan orang biasa.

Semoga dijadikan panduan untuk menilai isu semasa yang tengah hangat sekarang ini.

Sumber: Mufarwa Farid

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.