Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Jangan Bertangguh Kalau Kepala Si Kecil Terhantuk, Ini 10 Tanda Kecederaan Kepala Serius Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Tidak sah pada kanak-kanak sekiranya hari mereka dipenuhi dengan aktiviti bermain.

Biarpun di luar rumah atau di dalam rumah risiko yang boleh mengakibatkan kecederaan pada kanak-kanak semasa bermain sentiasa ada.

Tambah-tambah lagi jika kanak-kanak itu seorang yang aktif. Benjolan atau luka pastinya adalah merupakan kecederaan yang lazim dialami.

Umum telah mengetahui bahawa bahagian kepala pada kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan yang serius.

Justeru daripada itu, seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang 10 tanda kecederaan serius pada bahagian kepala kanak-kanak yang wajib ibu bapa tahu bagi mengelakkan risiko kecederaan yang berpanjangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Tergamam kejap bila kawan saya beritahu rupanya memang confirm ada pendarahan kat dalam otak adik tu.

Baru-baru ni saya ada jumpa seorang pesakit kanak-kanak ni. Lebih kurang sebaya je umurnya dengan Maryam Nafisah, anak saya yang nombor dua tu.

Ayahnya bawa ke hospital petang tersebut sebab anaknya tak berhenti muntah sejak pagi hari.

Bila saya selidik lebih lanjut, rupanya si kecil tu terjatuh waktu bermain dengan abangnya pada malam hari sebelum tu.

Ayahnya cerita, kuat sungguh bunyi dentuman masa dia jatuh sebab kepalanya terhantuk tepat kena pada lantai simen kat rumah.

Mulanya dia menangislah jugak tapi lepas tu okay dan boleh terus berlari-lari macam tak ada apa-apa.

Cuma pagi esoknya, sejak terbangun dari tidur, budak tu asyik muntah je dan nampak tak bermaya. Agaknya sebab tak kelihatan tanda-tanda nak pulih, ayahnya terus bergegas bawa ke hospital.

Sebaik saja dengar kisah si ayah tu, hati saya memang dah rasa tak sedap. Cepat-cepat order untuk buat pemeriksaan CT brain (scan otak).

Risau betul kalau ada pendarahan kat organ penting tu (intracranial bleed).

Saya pesan kat kawan saya yang follow budak tu masa scan. Tengokkan dia baik-baik sebab kemungkinan besar kecederaannya serius.

Rupanya memang tepat sangkaan saya.

Segera kami rujukkan si kecil tu kepada kawan kami di jabatan pembedahan selepas melihat keputusan scan tadi tu.

Mujurlah ayahnya cepat bawa anak tu ke hospital lalu penyiasatan dan rawatan dapat diberikan segera.

Tolong ya kawan-kawan. Jika si kecil kita tu kepalanya terhantuk dan kemudian ada tanda-tanda bahaya seperti dibawah ni, jangan bertangguh. Terus je bawa ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan detail ya.

10 tanda kecederaan kepala serius yang mak ayah semua wajib tahu:

-Asyik muntah-muntah berterusan

-Sawan

-Pengsan

-Si kecil tu jadi mengantuk yang teramat sangat. Macam orang tak sedarkan diri.

-Kepala ada benjolan yang besar

-Luka yang dalam kat bahagian tercedera sampaikan darah meleleh-leleh

-Ada bahagian anggota badan yang jadi lemah secara tiba-tiba

-Ada cairan atau pun darah keluar dari hidung atau telinga anak

-Dia duk mengadu sakit kepala yang dasyat dan berpanjangan

-Si kecil tu beritahu pandangan mata dia kabur

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.