Siakap Keli

Moratorium Dilanjutkan Atau Tidak? Tunggu Pembentangan Bajet Jumaat Ini – Timb Menteri Kewangan 1

Isu lanjutan moratorium menjadi tumpuan ketika sesi perbahasan Rang undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengutarakan soalan kepada Timbalan Menteri Kewangan adakah moratorium dapat dilanjutkan seperti yang diharapkan oleh rakyat sebelum ini?

”Adakah isu moratorium itu yang sangat diharap oleh rakyat akan dapat dilanjutkan kerana ini adalah suara rakyat Malaysia dan saya rasa terlalu meminta kerajaan untuk melanjutkan morotorium?” kata beliau.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, keputusan mengenai perlaksanaan lanjutan moratorium hanya akan dapat diketahui pada Jumaat ini menerusi perbentangan bajet.

”Berkaitan dengan moratorium ini, sebenarnya pada hari Jumaat ini kita akan ada pembentangan bajet, oleh sebab itu untuk menentukan sama ada inisiatif ini dilaksanakan atau tidak, kita tunggu pada hari Jumaat nanti sama ada pengumuman berkaitan perkara ini,” kata beliau.

Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Sumber: Siaran Langsung Sidang Parlimen

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.