Siakap Keli
Gambar Via Bernama

PKPB Akan Dilaksanakan Di Mukim 12, Daerah Barat Daya Pulau Pinang Berkuatkuasa 6 Nov Ini – Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim 12, daerah Barat Daya Pulau Pinang.

Selepas mendengar nasihat KKM dan mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di mukim ini, sidang khas MKN telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 6 hingga 19 November 2020.

Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di kawasan tersebut.

 

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story