Siakap Keli
Gambar Via Bernama

SABK Maahad Al-Yahyawiah, SK Paya Keladi Ditutup Seminggu Mulai Esok

IPOH, 4 Nov (Bernama) — Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas, kira-kira 40 kilometer dari sini diarah tutup selama seminggu bermula esok sehingga 11 Nov berikutan kes jangkitan COVID-19.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata penutupan sekolah itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak.

“Sepanjang tempoh penutupan, pentadbir sekolah diarahkan untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, dengan manual boleh dimuat turun menerusi portal rasmi www.moe.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini hanya sebuah sekolah ditutup di Perak berikutan beberapa sekolah yang ditutup sebelum ini telah kembali dibuka bagi sesi pembelajaran selepas kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi selesai dijalankan dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu di PULAU PINANG, Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di Kepala Batas dekat di sini ditutup seminggu bermula esok selepas seorang murid tahun enam di situ disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.

“Proses sanitasi akan dijalankan sepanjang tempoh (ditutup) selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

“Semua kontak rapat kepada murid itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 dan pihak pengurusan sekolah akan memastikan  semua guru mengajar dari rumah melalui dalam talian sepanjang tempoh berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata terdapat seramai 53 guru dan 825 murid di sekolah berkenaan.

— BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.