Siakap Keli
Gambar Via Bahizal Tengku Muaz

Sempat Bergambar, Lelaki Kongsi Akhirnya Berjaya ‘Konvo’ Bersama Abang Pos Laju

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pandemik COVID-19 sememangnya memberikan impak yang sangat besar sejak ia melanda penduduk dunia penghujung tahun lalu.

Seperti yang diketahui, pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi perlu ditangguhkan atau dibatalkanbagi mengelakkan penularan jangkitan virus berbahaya tersebut.

Aktiviti pengajian di peringkat universiti juga perlu dijalani secara dalam talian.

Bukan itu sahaja, majlis konvokesyen di beberapa universiti terpaksa ditangguh, dibatal dan dilakukan dengan kaedah lain yang difikirkan boleh mengelak dari perhimpunan beramai-ramai.

Sama dengan seorang pelajar dari UiTM Pulau Pinang yang secara rasminya telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti itu dalam kursus Pengurusan Seni Kulinari.

Tengku Muaz Bahizalsah terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak dapat menikmati detik-detik bermakna majlis konvokesyen di universiti.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Muaz berkongsi ‘majlis istiadat konvokesyen’ yang dilakukan di rumahnya dengan menerima transkrip akademik  dari seorang abang pos laju.

Hari ni dalam sejarah.

Selepas dua tahun menghabiskan pelajaran. Akhirnya hari ni berjaya konvo dengan abg post laju di adat istiadat konvokasyen khas bertempat di Bintong..

StaySafe. Kita Jaga Kita.

Gambar Via Bahizal Tengku Muaz

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dan mereka juga mengucapkan tahniah buat Muaz.

Sumber: Bahizal Tengku Muaz

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.