Siakap Keli
Kredit gambar: Google

TERKINI COVID-19: 1,032 Lagi Kes Baharu Direkodkan, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi Dengan 646 Kes

PUTRAJAYA, 4 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,032 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan kes kumulatif kini meningkat ke 35,425 kes, bersamaan 10,339 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Daripada jumlah tersebut, tiga (3) daripadanya adalah kes import, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Difahamkan, Sabah masih kekal mencatat jangkitan tertinggi hari ini iaitu 646 kes bersamaan 62.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatat 244 kes bersamaan 23.6 peratus serta 28 kes di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bersamaan 2.7 peratus.

Sementara itu, terdapat 820 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka sembuh keseluruhan kini turut meningkat ke 24,815 kes bersamaan 70 peratus.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.