Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: 6 Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Termasuk Di Negeri Sembilan dan WP Putrajaya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak enam kluster baharu dikenalpasti hari ini iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster Aero, Kluster Lengkuk dan Kluster Gading

Kesemua kluster tersebut melibatkan beberapa daerah di negeri Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan WP Putrajaya.

Berikut merupakan perincian bagi kesemua kluster tersebut.

  • KLUSTER PENJARA SANDAKAN

Kluster baharu ini melibatkan sebuah penjara di daerah Sandakan, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29176) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan banduan pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana:

  • 39 kes dikesan positif COVID-19 (34 kes baharu); dan
  • 254 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER DIALISIS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan dan Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25306, kes ke-25316 dan kes ke-26223) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan pada 23 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (14 kes baharu); dan
  • 30 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER SEPANGGAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25339) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran Mara (IKM), Sepanggar, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 86 individu dikesan negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER AERO

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35186) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 3 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat yang seterusnya telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
  • 84 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER LENGKUK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban, Port Dickson serta Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29916) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.

Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu); dan
  • 62 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER GADING

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30090) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat yang seterusnya telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 4 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story