Siakap Keli

(Video) “Berapa Kali Udah Dikasi Tahu…”, Gelagat Comel ‘Calon Menteri Kesihatan’ Bebel Pakai Pelitup Muka Bikin Terhibur

Memakai pelitup muka adalah salah satu ‘rukun’ manusia di seluruh dunia ketika dalam tempoh pandemik COVID-19 hari ini.

Malah di negara kita sekalipun, ianya tertakluk di bawah Akta 342 bila mana seseorang itu akan dianggap salah dan dikompaun kerana tidak memakainya di tempat awam.

Pasti kita akan terkenang akan nasihat bertalu-talu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah yang berpesan setiap hari agar kita sentiasa memakai alat perlindungan itu.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘calon Menteri Kesihatan’ ini, dia pula berpesan dengan nada yang begitu garang dan serius tentang kepentingan pelitup muka ini.

Mari kita tonton video yang dikongsikan akaun twitter @rakyatjelata ini. Pasti anda terhibur dengan ‘ketegasan’ kanak-kanak ini.

Bagi versi penuh pula, video ini turut dimuat naik ke Youtube oleh Raphael Jsmuel baru-baru ini.

Ekoran gelagatnya yang garang seperti orang dewasa, ditambah pula dengan pipinya yang tembam itu, rata-rata netizen memujinya dan siap ada yang kata comel.

..

..

..

..

..

 

Sumber: Twitter, Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'