Siakap Keli

(Video) Lebih Kemas Dan Nampak Nipis, Lelaki Ini Kongsikan Cara Lipat Seluar Jeans Dengan Pantas

Melipat pakaian merupakan salah satu perkara yang sudah tentu semua orang lakukan di rumah. Melipat seluar jenis jeans sememangnya mudah dan hampir semua orang mampu untuk melakukannya. Namun, tak semua orang mampu melipat seluar jeans dengan kemas dan menjimatkan masa. Dan paling penting, menjimatkan ruang almari.

Disebabkan masalah tersebut seringkali terjadi. ada baiknya anda mencuba cara yang dikongsikan oleh akaun twitter @Spectacularvids berikut.

Tutorial ini tentunya sangat membantu. Kelihatan juga, lipatan tersebut seakan lebih kemas dan agak sukar untuk disepahkan. Tips yang dikongsikan ini juga mungkin berguna sekiranya anda ingin memuatkan seluar jenis jeans ke dalam beg pakaian apabila hendak travel ke sesuatu destinasi.

Sumber : @Spectacularvids 

Aziezzan