Siakap Keli
Gambar: @abdullahkhairi_official

(Video) Menyentuh Hati, ‘Frontliners’ Di Penjara Alor Setar Selesai Tugas, Rakaman Nyanyian ‘Iringi’ Pergerakan Keluar Undang Sebak

Jasa petugas barisan hadapan sememangnya sangat besar untuk dibalas, namun menghargai mereka dengan layanan yang baik sudah pasti dapat meredakan keletihan dalam diri mereka. Seperti yang diketahui umum, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Alor Setar telah ditamatkan.

Perkara tersebut bermakna tugas para petugas barisan hadapan yang dikerahkan sebelum ini juga telahpun selesai. Seperti yang dikongsikan di laman Instagram penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi, di @abdullahkhairi_official, satu rakaman memaparkan petugas barisan hadapan bergerak keluar dari Penjara Alor Setar dengan nyanyian lagu mengundang sebak rata-rata netizen.

Rakaman menyentuh hati itu telah menarik perhatian ramai, malah ada yang turut berasa sedih setelah melihat rakaman tersebut.

 

View this post on Instagram

 

🙏Frontliners Kluster Tembok dari Penjara Alor Setar tamat & selesai tugas keluar, diiringi nyayian drpd banduan2, sedih dengar😔😫😭

A post shared by Abdullah Khairi (@abdullahkhairi_official) on

Nyanyian yang memilukan itu turut membuatkan rata-rata warganet menjadi sedih dan sayu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 30 ribu kali oleh warganet. Rakaman tersebut juga telah mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan yang turut berkongsikan klip tersebut di laman Facebook miliknya.

Penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang selesai menjalankan amanah menyaring dan menguji Kluster Tembok di Penjara Alor Setar. Setelah selesai menjalankan tugas mereka keluar diiringi nyanyian daripada banduan-banduan menghargai keringat dan titik peluh setiap petugas . Frontliners You Are The Real Heroes…

Sumber: @abdullahkhairi_official, Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right