Beberapa bandar di Denmark terpaksa dikuatkuasakan perintah berkurung selepas wujudnya satu mutasi COVID-19 yang didakwa tersebar dari mink ke manusia, lapor Daily Mail.
Pihak berkuasa Denmark meminta penduduk di wilayah Jutland Utara untuk tidak meninggalkan kawasan perbandaran mereka di tengah-tengah ketakutan yang semakin meningkat terhadap penyebaran virus yang bahaya itu.

Menurut laporan The Guardian, pihak kerajaan Denmark kini juga merancang untuk mematikan lebih 15 juta mink yang berada di negara itu.
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen mengesahkan bahawa 12 orang sudah dijangkiti virus bermutasi dan haiwan tersebut kini dianggap sebagai risiko kesihatan awam.

“Virus yang bermutasi di dalam mink dapat menimbulkan risiko keberkesanan vaksin masa depan,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Susulan perintah berkurung itu, semua restoran juga akan ditutup di seluruh utara Denmark dan setiap orang di rantau tersebut diminta untuk melakukan ujian COVID-19, lapor Abc News.
Dalam masa yang sama, sempadan-sempadan tujuh perbandaran Denmark juga akan ditutup, jelas Datuk Bandar Vesthimmerland.
Sumber: Daily Mail, The Guardian, Abc News