Siakap Keli
Gambar Via Gelora

Awan Melingkar Dilapor Muncul Di Tiga Puncak Gunung Di Jawa, Gemparkan Penduduk Tempatan

Penduduk di Jawa, Indonesia gempar setelah menyaksikan beberapa awan yang kelihatan melingkar di puncak Gunung Merbabu, Gunung Merapi dan Gunung Lawu pada Khamis, lapor Gelora.co.

Ketua Bahagian Data dan Maklumat Stesen Klimatologi BMKG Semarang, Lis W Harmoko mengatakan bahawa awan yang muncul di puncak tiga gunung itu jenis lenticularis.

Gambar Via Kompas

“Pada umumnya awan lenticularis merupakan awan atau kelompak awan yang berbentuk seperti piring atau lensa yang terperangkap dalam lapisan atmosfera yang lebih rendah. Ia terperangkap kerana awan lenticularis umumnya kelihatan tidak bergerak di tempat ia terbentuk,” jelas Harmoko.

Gambar Via Gelora

Tambahnya lagi, kemunculan awan lenticularis adalah merupakan tanda kehadiran gelombang gunung yang cukup berbahaya bagi laluan penerbangan.

Gambar Via Gelora

Awan tersebut juga mulai terbentuk ketika arus angin yang mengalir selari dengan permukaan bumi menemui rintangan dari objek-objek tertentu seperti gunung.

“Akibat rintangan ini, arus udara bergerak secara menegak ke arah puncak awan,” katanya.

Gambar Via Gelora

Jika udara tersebut mengandungi banyak wap air dan bersifat stabil, maka ketika mencapai suhu titik embun di puncak gunung, wap air mula berkondensasi menjadi awan mengikuti kontur puncak gunung.

“Inilah mengapa awan lenticularis terlihat tidak bergerak kerana awan mula terbentuk dari sisi arah datangnya angin (windward side) di puncank gunung kemudian menghilang di sisi turunnya angin (leeward side),” katanya.

Sumber: Gelora

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.