Siakap Keli
Gambar via Medicalnewstoday.com

“Bila Dikunyah Rasa Juicy Je,” Wanita Ini Kongsikan Tips Pilih Nenas Yang Masak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tak kenal buah nenas? Isinya yang berwarna kuning, mempunyai rasa masam manis sudah pasti digemari oleh ramai orang. Buah nenas bukan saja boleh dijadikan minuman jus, ia juga boleh digunakan untuk memasak lauk pauk.

Namun, untuk mendapatkan buah nanas yang berkualiti bukan satu hal yang mudah. Berikut merupakan beberapa tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook bernama @Rosie Zam, tentang cara memilih buah nanas yang terbaik.

1. Mata-matanya tidak berapa timbul lagi.

2. Jambul nenas atau kumpulan daun-daun yang tumbuh di hujung nenas mudah ditanggalkan.

3. Warna nenas tersebut telah menunjukkan warnanya yang asli. Setiap jenis nenas berbeza warnanya. Ada yang berwarna kuning tua, kuning keemasan dan kuning kemerahan.

4. Nenas yang masak mula mengeluarkan bau yang harum.

Sumber : Rosie Zam

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.