Siakap Keli
Kredit: Bernama

Bomba Guna Dua Anjing K9 Kesan Mangsa Dikhuatiri Lemas

SEREMBAN, 5 Nov (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai dihanyutkan arus dalam kejadian banjir di Taman Happy, Rasah diteruskan hari ini dengan pencarian diperhebat menggunakan dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai JBPM Seremban Mohamad Idris berkata operasi mengesan mangsa yang berusia lingkungan 20-an itu bermula pada 9.30 pagi dengan tumpuan pencarian di kawasan Kuala Sawah sehingga ke Pengkalan Kempas.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata sekiranya tiada petunjuk baharu ditemukan, pihaknya akan berbincang dengan pasukan polis untuk menamatkan sementara operasi itu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim pula berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan orang hilang susulan kejadian banjir kilat itu tetapi operasi mencari diteruskan berdasarkan maklumat orang ramai pada 3 Nov.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.