Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Jemputan Tidak Melebihi 30 Orang Dibenar Bagi Majlis Akad Nikah – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.

“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.