Siakap Keli
Gambar: Nypost

Dah 40 Tahun Dalam Rumah, Keluarga Ini Tak Sedar Cermin Dalam Tandas Rumah Bernilai Lebih RM54,000

Siapa sangka, cermin bilik air yang sebelumnya dianggap cermin antik biasa rupanya dipercayai milik bekas Permaisuri Perancis yang terakhir, Marie Antoinette.

Menurut New York Post, sebuah keluarga di Britain menyedari cermin di tandas rumah mereka pernah dimiliki wanita berkenaan dan boleh dijual pada harga USD$13,000 (kira-kira RM54,009.50).

Cermin berukuran 20 kali 16 inci itu dikatakan telah digantung di tandas rumah mereka selama 40 tahun tanpa menyedari nilainya. Kata pelelong, Andrew Stowe, keluarga yang mewarisi cermin itu hanya menganggap ia cermin menarik, tetapi tidak menyangka ia sangat bernilai.

Bagaimanapun, ketika mereka mengambilnya untuk dinilai, Andrew berkata keluarga itu menjumpai tinggalan kertas termasuk katalog daripada lelongan pada tahun 1880 untuk hartanah akhir Napoleon III.

Isteri King Louis XVI itu dikatakan telah menyimpan cermin itu dalam koleksi di istana sebelum beliau dieksekusi ketika revolusi Perancis pada 1793.

Cermin tersebut akan dilelong pada 13 November ini dan dijangka boleh dijual pada harga sekurang-kurangnya $13,000.

“Sebaik kita menjumpai bukti luar biasa ini, ia betul-betul menjadi istimewa,” kata Andrew.

“Memikirkan salah seorang tokoh sejarah paling terkenal pernah melihat ke dalam cermin ini adalah mengujakan,” tambahnya.

Sumber: New York Post

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.